Wednesday 19 August 2015

Seri Lagenda Meal - Kenny Rogers Roasters

Macam biasa lepas ambil husband dari tempat kerja, pergi jalan-jalan cari makan untuk dinner. Hari ni teringin nak makan Kenny Rogers pulak sebab nampak poster Chicken price fall RM1 dekat tepi jalan. So, kami pergi Kenny Rogers outlet yang dekat Mahkota Parade. Tak ramai orang lagi sebab baru pukul 6.30 petang. Belek-belek menu nak cari la ayam RM1 tu, takde pulak. Tanye adik waitress tu, dia explain la yang kena beli ayam seekor then baru dapat seekor lagi RM 1. Errr, makan berdua jer tapi nak beli ayam dua ekor, memang takla kan. Lepas tu nampak offer 40% untuk Seri Lagenda meal, tapi lagi sekali hampa sebab kena jadi ahli KRR dulu. Tapi sebab Seri Lagenda meal ni nampak menarik, kami order dua set, satu dengan mushroom soup dan satu lagi ada salad. Patutnya, meal ni datang dengan mufin pandan tapi sayangnya takde pulak, so kami ambil vanila dan pisang.

Sambil-sambil tunggu makanan sampai, kami bincang hal-hal negara hahahahha... yerlah tu..sekejap jer tunggu, mufin pon sampai. Uish, mufin vanila panas-panas ni memang sedap. Serius tak tipu! Rasa macam nak order lagi tapi nanti ayam tak makan pulak kan. Buat mental note, nak tapau mufin bawak balik.

Ok, makanan dah sampai mari kita rasa. Seri Lagenda meal ni datang dengan nasi tomato. Sedap jugak nasi dia tapi the star of the show ialah ayam dengan kuah kacang ni. Fuh! sedap giler! Selalu makan ayam Kenny Rogers ni dengan black pepper sauce, dah muak. Yang ni lain dari yang lain. Sampai licin la pinggan makan. 

Kenny Rogers Set Lagenda
Set Lagenda dengan mushroom soup
Kenny Rogers Set Lagenda
Set Lagenda dengan salad
Makanan semua ok, yang kurang ialah harga dia, agak mahal juga. Satu set Lagenda meal dalam RM25++ (GST & service charge) tapi dapat nasi dan salad yang sikit ajer. Kalau amik set ayam biasa      RM20++ boleh amik 2 portion nasi & satu portion salad. Nasi tomato dia macam satu portion jer, kesian kat hubby mesti lapar lagi. Takpe, at least dah rasa sekalikan... memang sedap.

Kenny Rogers Mahkota Parade
Hahaha.. muka tak happy sebab nampak sikit  :)
Sebab ada orang lapar lagi lepas makan Kenny Rogers tu, kami singgahla ke Nadeje beli mille crepe cake untuk dessert. Kali ni ambil perisa original pulak and macam biasa memang sangat sedapla kek dia.. macam nak makan hari-hari jer.

~XOXO~


No comments:

Post a Comment