Friday 11 September 2015

Kita ke Taiwan pulak...Little Taiwan Restaurant

Makanan Jepun, India, Thai dan fusion semua dah rasa, so hari ni I nak cerita makanan Taiwan pulak. Tak pernah lagi pergi ke Taiwan so kita rasa makanan Taiwan dekat Melaka jer la. Dekat mana tu? Little Taiwan dekat Aeon Mall la mana lagi hehehehhe.... Nak rasa sume restoren di Aeon Mall tu, yang mana halal la eh.

Kami (hubby & me) makan dinner awal around 630pm so kedai ni tak ramai orang lagi masa tu. Tapi,  nak complain sikit boleh? Hehehhe... Waiter dia (macam bukan local) tak friendly dan macam nak marah orang jer. Mula-mula, I nak ajak hubby pergi kedai lain jer sebab I paling pantang kalau waiter/waitress yang tak friendly ni. Bukan suruh cakap banyak pon, just wait patiently for us to decide, tak payah lah nak rush-rush orang kan. Bukannye I yang panggil dia datang ke meja, dia yang nak tunggu.  Pastu suara cam nak marah.. eh hello, I might look like orang kampung but I can speak English as well ok!  Sorry, emo sikit...

I order Braised Beef Rice set yang rupenyer gambar kat bawah. Set ni ada nasi, braised beef, yam ball, peanut brittle dan sup. Banyak betul daging dia dan sangat lembut. Braised gravy dia sedap jugak. Yang best dish ni dihidang dalam metal pot, so rasa authentic sikit.



Hubby order Tang Tang noodle sebab dia tak nak makan nasi. Tang Tang noodle tu rasa macam mee sup tapi sup dia rasa lain sikit. Tak tau nak describe macam mane :-) Anyway, hubby kata sedap. Dia semua pon sedap. Tapi satu jer yang dia tak suka, TAUGEH! Hubby memang anti taugeh so terbantut selera sikit.


Untuk starter, hubby order mixed dumplings. Mixed dumplings ni ada 6 biji dumplings yang lain-lain rasa dia. Yang kuning tu chicken, yang putih tu duck rasenyer dan yang hijau tu mushroom/vege dumplings. Semua pon SEDAP! 


Kami tak order air yang pelik-pelik kali ni, walaupon drink menu dia ada macam-macam. Tak boleh minum manis selalu nanti diabetes pulak, so air suam ajer.

Apa pon kenyangla makan, so maknanya portion memang kena dengan selera makan harimau kami ni...

~XOXO~

22 comments:

  1. tengok pon dah teliur ....sedapnyaa

    ReplyDelete
  2. nampak sedappp nya makanan dia ^_^

    ReplyDelete
  3. Generally the food is good here. Just sometimes their service is bad. But glad you'll had a good dining experience :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I would like to go there again to try all of their food as the one I had was so good.

      Delete
  4. hi follow you :) #36

    nampakjiwaterbang.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. dia adik beradik dimsum.. dumpling isi dia tak nampak, wrap habis semua.

      Delete
  6. Jasmarina, saya suka sangat dumpling.. Boleh cuba satu hari nanti..
    Saya pun akan pastikan restoren tu terpampang sijil Halal baru masuk..
    Kalau idak memang tak berani.. Thanks for sharing.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya check dekat website dia, cakap Halal. Tapi tak ambil gambar sijil Halal di kedai dia. Maybe next time saya ambil gambar, baru kita tak was-was betul?

      Delete
  7. Salam singgah sini... wahh...bestnya dapat makan makanan taiwan... teliur Diana tengok... mesti sedap kan...

    ReplyDelete
  8. okay, ni nampak menarik. boleh la nak cuba one day!! omg. x pernah rasa makanan taiwan gini hahaha

    ReplyDelete
  9. tapi betul. bila waiter buat hal, rasa macam nak marah juga kat situ -.-

    ReplyDelete